create your own banner at mybannermaker.com!

Home

Friday 26 August 2011

Maafkan aku !!


Maafkan aku !! itu jer yang mampu aku ucapkan sekarang ! lepas nih kau
nak benci aku atau tak nak pandang muka aku , aku terima . aku redha. kalau
kau nak kata aku jahat , mainkan perasaan kau !! yer, teruskan ! aku tak akan
marah, aku tak akan benci kau . maafkan aku ! aku tak boleh sayang kau . aku tak
boleh cinta kau . aku tak boleh anggap kau lebih dari kawan ! 

kau terlalu baik ! kau sanggup datang dari jauh semata2 nak jumpa aku . kau sanggup
layan kerenah aku . tapi aku bodoh tak dapat nak menilai semua tuh ! aku mintak maaf.
aku tak boleh tipu perasaan kau ! aku tahu kau betul2 terluka bila aku bagitahu kau
hal sebenarnye. aku perlukan kekuatan tuk bagitahu kau apa perasaan aku dekat kau .
aku tak nak kau terlalu berharap ! aku tak kau kecewa ! 

kau terlalu baik untuk aku . aku tak layak utk kau !! =( percayalah , perginya aku
dari hidup kau, kau kan jumpa orang yang lebih baik dari aku ! aku tak boleh terima
cinta kau sebab hati aku dah jadi milik orang lain ! aku tak boleh sayang orang lain
selain dari dia . yer, mungkin dia tak romantik macam kau tapi dia lah yang
buat aku percaya pada CINTA ! 


aku cuma nak lelaki yang boleh bimbing aku . yang sentiasa sokong aku, yang tak 
pernah gelakan aku bila aku jatuh ! aku nal lelaki yang boleh terima family aku seadanya.
kau faham kan kenapa aku cakap cmnih?? perjalanan hidup aku masih panjang .aku lah 
satu2nya harapan mak ayah aku . aku tak nak diaorang kecewa dengan aku ! tapi 
kau tak boleh sokong aku time aku study ! kau sentiase mengeluh kalau aku cakap
nak sambung study lagi . kau tak faham, nih lah satu2nya yang boleh aku balas
jasa mak ayah aku ! 

sekiranya kau terbaca blog aku . maafkan aku ! lupakan semua tentang aku !
kenangan kita berkawan dulu akan aku ingat , kerana kau lah KAWAN BAIK aku !
KAWAN BAIK hnaya akan kekal sebagai KAWAN BAIK !! maafkan aku sekali
lagi . aku tak berniat nak lukakan hati dan perasaan kau . mungkin lepas nih kau dah
tak nak contact aku lagi. tak per, aku faham ! hurmm


Wednesday 24 August 2011

Dah tak da rasa malu ker??


Assalamualaikum ...pejam celik hari nih dah 24 hari kita berpuasa kan...cepat betul
masa berlalu...minggu depan dah raya..korang semua dah buat preparation untuk raya
belum?? aku belum kot ...malas, hahaha. bukanye malas nak raya, tapi mood raya tuh
belum ada lagi..nak tahu nape belum ada mood nak raya, pergi jer dekat entry aku yang
ini teringin nak ada mood raya !! ..ok2, aku bukan nak citer pasal raya ker..tapi pasal
pasangan 'hot' bercinta sampai tak ingat orang sekeliling..huhh

Tadi aku keluar dengan mak aku, beli barang2 yang aku belum beli utk masuk U nih..
tengah2 syok pilih tudung dengan mak aku, terpandang satu kapel nih yang tak reti2 malu
'bermesra' depan public..kalau bermesra gelak2 ker its okeyh lah .still tak sakit mata tengok
tapi nih dah over2 weii..naik menyampah, geli aku tengok.. mak aku geleng kepala jer..

kalau yang 'bermesra' tuh dah besar means dah dewasa lah, aku ok kot ..hahaha..bukanlah, 
diorang dah besar so boleh pikir kan, kalau still buat cam tuh memang wire2 dekat otak tuh
dah shot..tapi kapel yang aku tengok nih still budak sekolah..even diaorang tak pakai baju
sekolah, aku dapat agak lah diorang nih still sekolah.. tengok muka pon tahu, tak matang lagi..

cara pakaian pon dah tahu budak sekolah..ish, tolonglah still budak sekolah tapi perangai
berlagak cam dah besar sangat..per korang ingat nih london, australia?? eh3, mana
 pergi agaman bangsa kau wehh?? kalau kau tuh bukan agama islam, okeyh aku
 boleh terima tapi kau tuhagama islam , bangsa melayu , pakai tudung !!! apa dah tak ada
 rasa malu ker 'bermesra' depan public . mak aku sampai cakap, kalau
 mak ayah budak nih tahu, perghh mana nak letak maruah
dorang wehh.. tuh lah nak buat sesuatu tak pikir, pkir syok jer ! pkir sedap jer !
 sorry 2 say but itfacts right?? hurmm..cam korang jer kapel dalam dunia nih...

aku pon kalau dating tak da lah smpai camtuh wei * pernah dating ker? haha . jaga 
lah sikitadab tuh, jaga batas ! kalau nak bercinta boleh tapi kena lah pikir yang mana baik
 yang manaburuk.. nih tak , main terjah jer, main hembus jer.. tak pikir per orang2
 yang pndang korangcakap.. uihh,, tadi aku nak jer pergi sekolahkan dorang,
 sebaik mak aku tahan *berani lah akunih sangat, haha .kalau tak memang
 dekat situ juga aku bagi free exam SPM .

bila aku dah pandang2 tuh, ingatkn paham rupenye makin menjadi2 miang dorang tuh.. nak jer
aku hempuk dengan kerusi, ish sebaik tak da kerusi dekat tepi kedai tuh, kalau tak memang
dah arwah..aku pelik betul lah, dalam bulan puase bulan mulia kot, tapi ada gak manusia
yang tak reti2 nak respect..oiii mana pergi maruah korang weii??nih lah akan berlaku kalau
dah tak da langsung sifat malu dalam diri tuh..sedar2 lah weii..ish3

nih nak habaq sat nahh, budak2 sekolah dekat luar tuh korang2 tak yah lah nak terlalu
taksub bercinta ..hidop korang sekarang hanya ada dalam mimpi jer, bukan realiti..
pikirlah mak ayh dulu sebelum buat satu perkara..satu jer prinsip aku pegang dari dulu
sampai sekarang 'AKU TAK AKAN BUAT PERKARA YANG BOLEH 
MENJATUHKAN MARUAH MAK AYAH AKU !! ' alhamdulillah, aku akan 
pegang prinsip nih sampai bila2 walaupun masa tuh dah berkahwin =)

p/s : cinta2 gak, cinta pada ALLAH lagi MULIA 

Tuesday 23 August 2011

teringin nak ada mood raya !!

cilok dari pak google jap ;p

Assalamualaikum ( tak jawab dosa ) =)

pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan syawal . rasa sekejap jer masa bergerak
kan ?? aku tengok kawan2 aku semua sibuk buat preparation untuk raya . jiran sebelah
rumah aku pon dah siap mengecat rumah , oren kaler beb . hehe

makin lama makin sunyi kawasan perumahan aku nih . rasa sedih pulak tiba2.
hehe, touching sekejap yer . ;p kadang2 aku jelez tengok orang2 yang ada 
kampung, balik kampung sambut raya sama2 dengan nenek atok, sedara mara.
syok nyer, teringin nak macam tuh..alahai nasib aku dilahirkan di bandar. emak
ayah aku orang bandar. sedara mara pon orang bandar , atok dan nenek dua2
belah pulak dah meninggal .lagilah sunyi .hurmm =(

bila orang tanya , aku balik raya kampung mana. tak tahu nak cakap per.
aku balik bandar lah ! haha .. 

mesti best kan korang2 yang ada kampung. meriah gila.. aku selalu teingin nak ada 
kampung, lepastuh pasang pelita dekat sekeliling rumah . kampung sapa2 pon aku
tak pernah pergi , hahaha . nak buat cmne, dah lahir dekat bandar . tapi tahun ni
tak raya dekat kl, aku raya dekat jhr . ayh aku tak dapat cuti . lagilah sedih !
raya 1 famili jer . sedara mara semua dekat kl . hurmm..redhaa jer

dulu masa zaman sekolah dulu, excited gila bila nak raya . lagi2 bila dah nak dekat raya
mesti sekolah akan pasang lagu raya. syookkk, sambil2 buat kerja dalam kelas sambil
nyanyi lagu raya. bila dengar jer lagu raya, perghhh syokk tak terkira . sekarang bila
aku bukak lagu raya, ntahlah tak da mood kot . makin lama aku rasa tak hepi jer
bila raya .baju raya pon sehelai jer, kalau dulu berpasang2 . sampai ayah aku mengeluh
jer, haha . sekarang ayh aku pulak tanya cukup ker tuh.. huhu

kasut raya , baju raya ( tshirt, jeans ) & semua2 aku tak beli pon. nthlah, tak tahu
napa tak da mood nak beli . mungkin otak aku nih fokus nak masuk U, yupp
mybe gak . hurmm..kuih raya pon tak buat ( selama nih mmg tak buat pon, haha )
asik kuih raya tunjuk jer .. haha, asalkan ada kuih raya, huhu

so, sapa2 yang ada famili ramai tuh n kampung hargai lah masa korang bersama2.
bersyukur lah korang dilahirkan dalam sedara mara yang ramai, meriah.
lain lah cam aku nih, adik bradik 2 jer,,sdara mara pon boleh dikira.. so kalau
raya tuh tak lah meriah sangat... 

p/s : sapa2 yang ada kampung tuh jemput2 lah aku datang okeyh =)

Sunday 21 August 2011

PT oh PT !! bakorr jer !!

ish3, pagi2 dah buat mood aq hampeh lah . adeiii, dah tak tahu nak luah dekat sapa !
so dekat blog comot aku nih lah aku luahkn . huhhh.. geram giler ! ada jer benda
tak kena bila nak masuk U ni . tak satu2 da problem .

mula2 WPP ( wang pendahuluan pinjaman ) tak dapat , okeyh still boleh bersabar.
tapi yang aku musykil lah kan, gaji ayh aku tak tinggi, aku tak pernah buat pinjaman
ptptn tapi still tak dapat..ntah dia tengok pada apa pon..tapi aku still cool jer.

cuma yang sekarang nih dah tak da cool2 lagi . dari hari tuh aku check email, setiap
saat tahu tak , tapi satu email pon tak terima & last email aku dapat dari ptptn
dia tulis 'PERMASALAHAN PINJAMAN PTPTN ' so? apa masalahnyer 
pon aku tak tahu . bila aku call nak tanya apa masalahnyer, line asik busy.
cam artis pulak ptptn nih . adeiii, bila dah dapat masuk line dia mintak no ic
, bila dah bagi terus senyap jer. nak main sorok2 ker ptptn oi ??

sekarang nih aku dah fedup nak tengok email lagi ! bagi harapan palsu jer !
haha . last2, tadi ayah aku call dari office dia kata dah tak yah nak pnjm 
ptptn , nanti ayh support . adeii, cian pulak aku tengok ayah aku.. padahal
sekarang nih banyak duit nak guna . lagi2 , orang2 yang pnjam duit ayah
aku tak bayar2 lagi. hurmmm..manusia kalau dah bagi betis nak peha pulak !!

hurmm..wahai PTPTN janganlah pilih kasih .. orang2 yang terlebih mampu
kau bagi pnjam tapi orang2 yang betol2 memerlukan cam aku nih tak nak bagi pulak
jual mahal lah tuh ! gedixx tol !!



AKU BENCI KAU !


Assalamualaikum .

Okeyh , per kaitan entry kali nih dengan tajuk 'AKU BENCI KAU' ?? okeyh , aku bukanya
baru putus cinta ker , tapi nak cerita sikit kenapa bila putus cinta @ frust mnonggeng @ 
dipermainkan , 3 words yang wajib diperkatakan ' AKU BENCI KAU '.. kenapa ek??
mungkin sebab dah terlalu frust bila orang yang kita sayang curang ker @ tinggalkan kita..

entah lah . tak dapat den nak tolong .haha yer dulu pon masa aku frust * dulu jer , haha 
dah wajibul unnah aku sebut 3 words keramat tuh . automatik keluar dari mulot..perghh
masa tuh bukan mulut jer cakap benci tapi dalam hati & otak pon dah turut bekrjasama
mambenci 'si dia ' dasyat2 . hehe

  ei pompuan tak yah lah nk carik aku lagi ! aku benci kau lah !! blah dari hidop aku

  awak tinggalkan saya tuk permpuan lain !! saya benci awak sampai mati !!

haa..biase tak tengok ayat2 dekat atas nih ?? korang dah tahu kan selalu tengok ayt2 nih
dekat mner.. aku dah jadi meluat bila baca ayat2 cmnih . bukannyer nak cakap aku nih
baik sangat sampai tak pernah post ayat2 cmnih . tipulah tuh! haha, tapi bila aku pikir
balik2, buat apa lah nak membenci sangat. napelah kita tak boleh terima semua yang berlaku
dalam hidop kita nih ada hikmah nyer . mungkin kita tak da jodoh dgn 'org ' tuh . so , nak tak
nak kena accept jer lah. 

yang paling aku menyampah gilerr bila ternampak ayat cmnih 

  lepas nih aku nak jadi player ! lagi bagus . senang aku nak mainkan perasaan orang lain !!haha

boleh pulak gelak bila tulis post cmnih .. rilekss lah bro , dekat luar tuh ramai lagi bunga2 yang
cun + comey + ayu lagi..yang kau nak jadi player pastuh mainkan perasaan gurl yang tak bersalah !
kau ingat dengan jadi player kau leh balas dendam lah , eh3 silap tuh bro .. kau mainkan prasaan
berjuta2 gurl pon dendam kau tak kan terbalasnyer, lagi hidop & hati kau tak tenteram adalah !

aku tak boleh nak salahkan boy jer . gurl pon sama . so , kalau kita nih frust tersangat2 tak yah lah nak over sangat ! menyampah tahu tak ! ibarat kau sorang jer yg frust menonggeng dalam dunia nih !! releks 
sudah ..kalau yer pon bertahun2 berkapel kalau allah dah kata die bukan jodoh kau, dia ttp BUKAN
JODOH kau !! so, moral of the storiee nih jangan lah senang2 cakap 'AKU BENCI KAU ' sebab
kita tak ada hak nak benci sapa2 dalam dunia nih . PEACE ! =)


Tuesday 16 August 2011

TAKUTLAH !! XPHAM KER??


Adeiii....aq takotlah, tak paham ker weii?? nape susah sangat nak paham ??
kau tak ada kat tmpat aq memang lah cakap relekss !! blah lah weii !!
haaaa..takot tak ?? hehe . aq bukan nak marah ker , carik gaduh ker .
saja jer letak tajuk GEMPAK cikit , nak bagi korang baca entry aq nih
haa..huhu.. tapi aq memang takot gilar sekarang nih...

aq takot sbb esok aq ada test JPJ lah weiii ..adeiii , macam maner nih ..
hati aq tak kan tenteram selagi tak habis jpj nih.. aq tak tahu lah , 
naperlah nervous aq nih betul2 leh buat aq kena heart attack !
ala..korang mesti cakap ek eleh lu jpj jer kot , bukanye sruh 
g nikah ker , yuppp memang jpj jer tapi aq mesti kena n WAJIB 
lulus sebab dah kesuntukan masa nih . lepasa raya aq dah
 masuk U , kalau dekat dengan rumah tuh tak pelah nih dapat
dekat terengganu..haaa, ambik skali jaoh berbatu2 tahu tak !

dah sure2 muka aq gabra camnih esok !!

esok nak tak nak aq mesti kena lulus jpj !! mak aq kata releks lahh sng jer
tuh..adooiiii, mak.. memang lah senang ! senang gagal adalah ! hahaha..
ish3..dah2 tak moh pikir bukan2 !! INTAN ZALILA mesti boleh buatnyer!!
chaiyokkkk!! huhhhh...korang2 doakan aq taw..aq dah kemaruk nak bawak
kereta nih..hahaha

p/s : lulus jer nti aq bg sorang satu lolipop aw ;p




Monday 15 August 2011

zaman sekolah dulu beb !! =)

Assalamualaikum & 1 blogger .

pejam celik pejam celik, hari nih dah masuk puasa yang ker 16 kan.
rasa sekejap jer masa tuh berlalu . dahlah sok aq test jpj , hahaha.
habislah aq cmnih . redha jer , huhu . doakan aq okeyh ! =)

ish3, tengok aq dah mula merepek ..huhu aq bukanyer nak cerita 
tentang puasa ker jpj ker , tapi tentang perkara2 yang berlaku 
masa zaman sekolah kita dulu2 . sapa2 yang bersekolah pada
tahun 70 / 80 / 90 mesti akan lalui perkara2 nih. 


1 ) boleh dikatakan setiap minggu mesti ada salesman/woman yang akan
datang jual buku cerita  . hari nih bagi list , esok minta duit beli walaupun
dah tahu cerita buku tuh . yang paling syok bila salesman/woman
yang datang jual susu . ingat lagi tak ? diorang akan bagi list juga pastuh
dekat list tuh ada macam2 perisa . masing2 brebut2 nak order trmasuklah
aq dulu . haha ( aq plih perisa cokelat aw )

2 ) kalau dekat library , kita memang tak kan baca buku cerita lah  tapi
just tengok gambar2 dalam buku tuh . bila ada program NILAM mula lah
masing2 sibuk pinjam buku dekat library , tapi sekadar tulis tajuk buku apa
bukanye baca pon. hahaha 

3 ) pakai pensel box yang boleh tarik depan belakang ataupun bertingakt
 lepastuh ada sharpener dekat tengah2 . comel kan. haha

ingat tak pensel box nih ? hahaha

4 ) beli pemadam banyak yang ada gambar ultraman , hello kitty lah .
tapi bukan untuk memdam , tapi untuk main lawan pemadam .hahaha
selalu main time cikgu tak da dalam kelas . syok2 !!

5 ) cikgu2 pulak pakai pembaris kuning panjang yang ada pemegang dekat 
tengah2 . tapi tak pernah pulak tenagok cikgu pegang dekat tengah2 tuh kan ?
hahaha

6 ) bulu ayam jadi ramping sebab dijadikan rotan . silap sikit jer mesti dapat
kena penangan bulu ayam nih .hahaha

7 ) kalau dalam kelas kita buat bising , habislah muka kita kena conteng dengan
kapur . macam2 corak cikgu conteng dekat muka kita .hahaha , kalau tak
conteng , cikgu akan baling kapur tuh dekat muka kita ataupun baling duster.
uihhh..dasyat2 .hahaha

amacam ?? ingat lagi tak ?? haha. tak macam zaman sekolah budak2 sekarang.
tak rasa benda2 mcmnih . yerlah , zaman makin moden dan berubah . tapi
pada aq zaman sekolah dulu yang paling syok !! betol tak ? hahaha
* credit to my frendz isham yang bagi kongsi =))