Tuesday, 23 August 2011

teringin nak ada mood raya !!

cilok dari pak google jap ;p

Assalamualaikum ( tak jawab dosa ) =)

pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan syawal . rasa sekejap jer masa bergerak
kan ?? aku tengok kawan2 aku semua sibuk buat preparation untuk raya . jiran sebelah
rumah aku pon dah siap mengecat rumah , oren kaler beb . hehe

makin lama makin sunyi kawasan perumahan aku nih . rasa sedih pulak tiba2.
hehe, touching sekejap yer . ;p kadang2 aku jelez tengok orang2 yang ada 
kampung, balik kampung sambut raya sama2 dengan nenek atok, sedara mara.
syok nyer, teringin nak macam tuh..alahai nasib aku dilahirkan di bandar. emak
ayah aku orang bandar. sedara mara pon orang bandar , atok dan nenek dua2
belah pulak dah meninggal .lagilah sunyi .hurmm =(

bila orang tanya , aku balik raya kampung mana. tak tahu nak cakap per.
aku balik bandar lah ! haha .. 

mesti best kan korang2 yang ada kampung. meriah gila.. aku selalu teingin nak ada 
kampung, lepastuh pasang pelita dekat sekeliling rumah . kampung sapa2 pon aku
tak pernah pergi , hahaha . nak buat cmne, dah lahir dekat bandar . tapi tahun ni
tak raya dekat kl, aku raya dekat jhr . ayh aku tak dapat cuti . lagilah sedih !
raya 1 famili jer . sedara mara semua dekat kl . hurmm..redhaa jer

dulu masa zaman sekolah dulu, excited gila bila nak raya . lagi2 bila dah nak dekat raya
mesti sekolah akan pasang lagu raya. syookkk, sambil2 buat kerja dalam kelas sambil
nyanyi lagu raya. bila dengar jer lagu raya, perghhh syokk tak terkira . sekarang bila
aku bukak lagu raya, ntahlah tak da mood kot . makin lama aku rasa tak hepi jer
bila raya .baju raya pon sehelai jer, kalau dulu berpasang2 . sampai ayah aku mengeluh
jer, haha . sekarang ayh aku pulak tanya cukup ker tuh.. huhu

kasut raya , baju raya ( tshirt, jeans ) & semua2 aku tak beli pon. nthlah, tak tahu
napa tak da mood nak beli . mungkin otak aku nih fokus nak masuk U, yupp
mybe gak . hurmm..kuih raya pon tak buat ( selama nih mmg tak buat pon, haha )
asik kuih raya tunjuk jer .. haha, asalkan ada kuih raya, huhu

so, sapa2 yang ada famili ramai tuh n kampung hargai lah masa korang bersama2.
bersyukur lah korang dilahirkan dalam sedara mara yang ramai, meriah.
lain lah cam aku nih, adik bradik 2 jer,,sdara mara pon boleh dikira.. so kalau
raya tuh tak lah meriah sangat... 

p/s : sapa2 yang ada kampung tuh jemput2 lah aku datang okeyh =)